PROJEK TAHUN AKHIR 2016/17
ABOUT
PEMBUNGKUSAN MAKANAN TRADISIONAL JERUK MAMAN
Web ini menceritakan tentang projek tahun akhir saya sebagai pelajar pereka grafik di tahun 3 Universiti Malaysia Sarawak.
Tajuk projek tahun akhir yang dipilih adalah PEMBUNGKUSAN MAKANAN TRADISIONAL JERUK MAMAN.
SEJARAH PEMBUNGKUSAN
Bermula dari zaman pra-sejarah, masyarakat dahulu telah menggunakan bahan semulajadi untuk tujuan penyimpanan dan pembungkusan. Bahan-bahan semulajadi seperti daun, kulit binatang, kulit kayu, buluh dan lain-lain telah digunakan bertujuan untuk membungkus dan menyimpan makanan.
Masyarakat dahulu banyak bergantung kepada alam serta bahan semulajadi untuk menghasilkan produk makanan dan pembungkusan. Bahan semulajadi seperti tanah liat telah digunakan untuk membuat tempayan yang akan digunakan untuk menyimpan makanan sama ada dalam bentuk cecair dan pepejal. Tempayan digunakan bagi mengelakkan makanan dari dicemari oleh serangga perosak dan memudahkan untuk mengangkut. Contoh yang lain adalah nasi lemak dibungkus dalam daun pisang dan kuih muih. Pembungkusan cara lama ini kekal sehingga ke hari ini kerana rasanya lebih enak dan sedap.
Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang dipasarkan dalam memasaran dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi produk. Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi keperluan harian kepada pengguna. Selain itu, kaedah pembungkusan juga menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.


