top of page

PROJEK TAHUN AKHIR 2016/17

 SEARCH BY TAGS: 
 DEFINISI PEMBUNGKUSAN

 

Pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan lansung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995). Secara lebih spesifik, terdapat 3 kategori pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung terus dengan produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi atau hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih pembungkusan kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan pembungkusan yang mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua. fungsi pembungkus kategori ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan dan melindungi semasa proses mengkomersialkan produk. 

Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa pembungkusan merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan jenama sesuatu produk. Antaranya pendapat yang disuarakan oleh Evans dan Berman (1992) yang menyatakan bahawa pembungkusan merupakan ciri-ciri khas produk atau sifat produk.

Dengan kata lain, pembungkusan juga merujuk kepada operasi membalut dan membungkus bertujuan untuk melindungi sesuatu barangan. Ia juga merupakan satu seni dan teknologi dimana ia memerlukan kepakaran seni rekabentuk.

 RECENT POSTS: 
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Instagram B&W

Pembungkusan Jeruk Maman

bottom of page